As-Salam. Ada blogger yang nampaknya sedikit pening dengan beza sama Google Pagerank (PR) dengan Alexa Ranking. Hmmm .. nampak macam sama, tapi dua-dua benda ini adalah berbeza dari segi cara penarafan, dan fungsinya di dalam dunia maya.
Google Pagerank (PR) semakin besar nombor, maka semakin baiklah sesebuah blog tersebut. Berlainan dengan Alexa Ranking yang semakin kecil nombor adalah semakin bagus. HH pernah tampilkan satu entri yang dok sebut pasal sejarah Google Pagerank ini ... jika nak tahu bagaimana ia wujud, boleh semak sambil buka kamus Dewan di entri ini - Apa Itu Pagerank?
Kekeliruan ini mungkin timbul disebabkan kedua-dua perkara ini sering dititik-beratkan oleh mereka yang mahu menilai sejauh mana pencapaian blog.
Secara amnya, Alexa Ranking ini lebih kepada mengukur sehebat mana sesebuah blog itu menjana trafik, atau dengan kata lain, semakin kecil nilai Alexa ini, maka blog tersebut merupakan antara blog yang menerima trafik paling tinggi samada secara khusus - kategori ikut negara mahupun secara am atau global.
Lain pula dengan Google Pagerank ini yang merupakan satu penarafan bahawa sesebuah blog itu dipercayai akan isi kandungannya, baik menerusi entri-entri yang diterbitkan mahupun pautan-pautan yang ada di dalam blog tersebut. Ada sesetengah blog yang kandungan atau entrinya amat baik, original dan berkualiti, tetapi disebabkan ada pautan-pautan (link) tertentu di dalam blog tersebut yang menjadi onar dan duri, maka ... PR blog tersebut tidak begitu bagus.
Kaitan antara keduanya boleh diibaratkan seperti berikut - semakin baik PR sesebuah blog, maka semakin tinggilah keupayaan blog tersebut untuk menerima trafik banyak yang akan menentukan kedudukan Alexa Ranking.
Blog yang punyai Alexa yang baik, tidak semestinya ada PR yang bagus, kerana penjanaan trafik ke blog boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan kaedah. Manakala blog yang punyai kedudukan PR yang bagus dalam skala 1-10, kemungkinan besar boleh dan pernah mendapat tempat terbaik dalam ranking Alexa.
Dengan artikel ini pemahaman saya semakin jelas.
ReplyDeleteDengan artikel ini pemahaman saya semakin jelas.
ReplyDeleteTerima kasih @google-3cbe62b4ce152ed628141d72f6c98c19:disqus
ReplyDeleteSama2
ReplyDeletemula-mula fyna pun comfius dulu. tapi bila dah belajar dan selidik kedua-duanya. baru faham.
ReplyDeleteassalamualaikum hh....perkongsian yg menarik ni..:)
ReplyDeleteSalam , saya rasa PR tak mengambil kira tentang traffic atau entri yang kita buat. Apa yang mereka pilh ialah SEO yang baik terutama tiada external link onar dan duri..hehehehe
ReplyDeleteSebab saya dah cuba dengan bloglist saya yang tidak memepunyai entri( cuma share dengan blog saya) dan tiada traffic dapat PR2.
Kadang2 pening nak fahamkan, PR dan Alexa ini...tapi jangan stress dengan mereka berdua ini. Tapi kalau tak ambik tahu tak ler juga..huhuhuuhu
Ya, betul tu @google-2e429cb2eb53bde2acde457e90e62f7b:disqus ...seperti yang disebut dalam entri, PR lebih pentingkan apa yang terkandung di dalam blog. Dan ia diberikan berbeza ikut page atau entri, PR bagi sebuah link entri mungkin lebih baik dari PR blog itu sendiri.
ReplyDeletetips yg mmg bemanfaat. tq abgHH
ReplyDeletegood tips. TQ
ReplyDeleteTerima kasih @twitter-1054567242:disqus
ReplyDeleteTQ share info ni..baru lah faham beza kedua2nya..
ReplyDeleteHmmm ... jangan fikir sangat sebenarnya ... ini hanyalah satu bentuk statistik yg boleh digunakan untuk approach penajaan atau pengiklan sahaja.
ReplyDeletebetul tu hh...
ReplyDeletepr ikut kualiti blog, alexa ikot traffik....
ReplyDeleteeca lebih suka PR berbanding alexa...sebab PR menentukan kualiti...alexa pula lebih kepada traffik....dibuatnya entry dlm blog lebih kepada entry yg menarik minat ramai tuk dtg,seperti penganjuran GA dsb,traffik memang masuk.alexa naik.
ReplyDeleteAssalammualaikum...HH,
ReplyDeleteterima kasih penerangan ini.. thanks of lot...
mselim3
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.