Saya secara jujurnya memang tidak akan membeli produk barangan kulit secara online, walaupun empunya produk tersebut mengatakan bahawa barangan tersebut diperbuat daripada material atau kulit daripada haiwan yang bukan haram di sisi agama Islam.
Hati-Hati Beli Barang Kulit Secara Online
Jika menurut pandangan Islam, kulit haiwan yang telah disamak atau disucikan daripada darah dan lendir serta kotoran adalah halal untuk digunakan kecuali daripada kulit babi dan anjing. Walaupun bab halal haram kulit babi dan anjing ini dijadikan produk barangan kulit ada khilafnya, namun saya lebih terarah kepada mengelakkan berlaku sangsi, terutama andai tidak pasti produk kulit itu diperbuat daripada kulit babi atau tidak.Namun, jangan keliru pula ye.
Menurut mazhab Syafiie; semua jenis kulit menjadi suci dengan samakan kecuali kulit anjing dan babi. Kulit anjing dan babi tidak akan menjadi suci walaupun setelah disamak kerana kedua-duanya adakah haiwan najis ketika hidup dan selepas mati. Oleh itu, menurut mazhab Syafiie; tidak harus orang Islam memakai kulit anjing dan babi sekalipun setelah ia disamak. Menurut mazhab Hanafi; semua jenis kulit menjadi suci dengan disamak kecuali satu kulit sahaja iaitu kulit anjing. Adapun kulit babi, ia menjadi suci jika disamak.
Penjelasan lebih lanjut boleh anda rujuk di blog ini - Ilmu dan Ulamak - Penerangan Hukum Kulit dan Bulu Binatang
Untuk muslim di Malaysia, boleh terima pakai fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, anda boleh rujuk di blog e-Fatwa mengenai perkara ini di sini - Hukum Pakai Barangan Diperbuat dari Kulit Haiwan Tidak Disembelih
Dalam satu hadith, yang bermaksud:
"Nabi S.A.W berjalan melalui satu bangkai kambing lalu baginda bersabda, "Kenapa kamu tidak mengambil kulitnya, menyamaknya dan memanfaatkannya?". Mereka menjawab, "Ia adalah bangkai". Lalu baginda bersabda, "Yang haram adalah memakannya". (H.R Al-Bukhari dan Muslim).
Ada cara untuk kenal satu produk kulit itu daripada kulit babi, iaitu tiga bintik yang berdekatan sesama sendiri seperti dalam gambar di bawah. Maka, jika anda rajin, boleh belek sendiri produk kulit yang anda ada atau yang anda mahu beli.
Perkara ini sama pentingnya dengan beli online pinggan mangkuk yang dikhuatiri diperbuat daripada bahan yang tidak halal.
Maka, hati-hati beli barang kulit secara online. Untuk barangan kulit, saya syorkan anda beli daripada kedai yang diyakini.
Kredit Foto: Blog Ardini Humaira
Memang kena hati2 kan.
BalasPadamtkot nk jual kasut adehhh - kedaionlinemy.com
PadamTak pernah lagi beli brg kulit on9. Tp kwn pernah dpt hadiah kasut ank bila perati betul ad 3 dots mcm tu.
BalasPadamBeli online barangan kulit memang susah nak tau, lebih selamat terus kekedai atau beli dr kedai yg ada maklumat lengkap
BalasPadamItu lebih baik, setidaknya boleh belek dulu, tanya terus kat kedai.
Padamtak pernah beli barang kulit lagi. . pape pun good info bro
BalasPadammemang kalau bab beli barang kulit nih nak kena teliti betul-betul. macam remeh sebenar benda nih lah yang kena alert.
BalasPadamYa, perlu berhati-hati ketika membeli.
BalasPadambahaya gak tu.nasib le aku tak pernah beli barangan kulit ni secara online
BalasPadamAku pun tak beli barangan kulit secara online ni. hoho
PadamSalam. Abg HH... sy dah lama nak upkan entri tentang barangan kulit online ni tapi tak berani. Kawan saya pernah terkena, terbeli beg tangan kulit b..i. Terpaksalah buang aje sebab nak bagi kawan non-muslim pun belum tentu diorang nak. Laman web yg jual benda ni mmg populer tau..
BalasPadamHmmm .. boleh ceritakan detail tak kat bro? contact bro kat FB boleh? nak tahu gak cerita dia selengkapnya.
BalasPadamsatu info yg bagus...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.