Rule of thumb Google Adsense. Ramai yang mahu buat duit dengan blog menerusi Google Adsense. Sebab apa? Sebab Adsense ada banyak iklan bermutu, dan ia membayar dalam nilai USD. Jika kena caranya, tiga hingga empat banner iklan Adsense sudah boleh berikan income sehingga RM1000 - RM2000 sebulan secara tetap!

Tapi jangan terpedaya dengan jumlah banner iklan. Silap langkah, ia boleh juga dianggap melanggar polisi pengiklanan di dalam Adsense. Saya pernah ceritakan bab meletakkan banner iklan ini, andai anda pernah membacanya, alhamdulillah. Jika belum, pandai-pandailah godek sendiri. Butang 'carian' saya dah sediakan percuma .. hoho.

Rule of Thumb Google Adsense

Rule of Thumb Google Adsense
Ok. Saya nak kongsikan mengenai rule of thumb Google Adsense.

Sejak dua menjak ini, syarat, terma serta polisi Adsense semakin ketat. Kalau anda mengikuti perkembangan berkaitan polisi Adsense ini, pasti sedar terdapat beberapa perubahan serta pindaan yang telah diperkenalkan. Apapun, saya tak mahu peningkan kepala anda untuk tengok satu persatu berkaitan polisi Adsense ini.

Ada yang kata susah nak apply Google Adsense. Adsense adalah berkaitan konten blog. Dan konten blog itu perlu dipersembahkan kepada pengunjung dan pembaca menerusi laluan trafik Google Search. Saya seringkali beritahu, pastikan lebih 50 peratus trafik blog datangnya dari Google, dengan katakunci yang tidak melanggar polisi dan terma yang ada.

Ada blog yang dapat trafik dari Google beribu dan berjuta .. tetapi sebab kata kunci penarik trafik tersebut adalah berkaitan sesuatu yang langgar polisi, maka Adsense ambil keputusan untuk tidak sahkan akaun atau tidak membenarkan iklan Adsense dipaparkan. Anda faham maksud saya?
Rule of Thumb Google Adsense

Adsense Beri Amaran

Baru-baru ini, saya menerima satu amaran dari Google Adsense untuk satu post yang diterbitkan pada tahun 2011. Sebuah entri lama yang ada tajuk yang kurang disenangi oleh Adsense, dan anggap ia sebagai entri yang ada unsur s3x ..

Berikut adalah isi kandungan email tersebut yang dihantar kepada saya pada 28 Februari 2016:

Hello, This is a warning message to alert you that there is action required to bring your AdSense account into compliance with our AdSense program policies. We’ve provided additional details below, along with the actions to be taken on your part.

Affected website: hasrulhassan.com
Example page where violation occurred: 3 Herba Berguna Untuk Pulih Nafsu Seks

Action required: Please make changes immediately to your site to follow AdSense program policies.
Current account status: Active

Penerangan berkaitan perlanggaran polisi:

Google ads may not be placed on adult or mature content. This includes pages which contain:
  • tips or advice regarding sexual performance
  • some treatments of sexual health issues
  • some sexual health advice related to pregnancy, childbirth, or family planning
  • discussions about sexually transmitted diseases

Banyak perkara sebenarnya diambil perhatian oleh Adsense, antara yang mungkin anda tidak tahu ialah:
  • Letakkan gambar wanita/lelaki dengan aksi menghairahkan walaupun bukan gambar tidak berpakaian
  • Meletakkan iklan-iklan luar (sewa tapak banner) yang ada kaitan dengan apa yang saya sebutkan di dalam post ini.
  • Menulis atau berkongsi artikel berkaitan dengan apa yang disebutkan di atas tadi.
  • Juga tidak boleh kongsikan cerita bersifat erotik walaupun ia adalah tajuk dari kes mahkamah syariah contohnya - gadis itu ditangkap khalwat dalam keadaan ......
  • Awasi ruang komen di dalam blog anda, jangan ada komen-komen yang berkaitan dengan apa yang saya kongsikan tadi .. 

Secara amnya, rule of thumb untuk Google Adsense ialah .. blog anda itu adalah selamat untuk satu famili membacanya, anda tidak perlu nak tapis-tapis, tak perlu nak segan-segan apa yang dikongsikan; boleh ditunjuk secara umum dengan diri anda berada di sebelah blog anda.

"Rule of thumb is this: if you wouldn’t want a child to see the content or if you would be embarrassed to view the page in front of colleagues, then it’s probably not family-safe and you shouldn’t place AdSense ad code on it." - Cecelia Choi, AdSense Policy team

Jikalau anda terima notifikasi seperti ini, apa yang perlu dibuat ialah samada buang artikel yang terbabit, dan cari artikel lain yang mungkin berkaitan, dan buang juga - almaklumlah .. kita tulis blog sebelum apply Adsense, mungkin ada entri yang kita tidak perasan.

Semoga entri ini bermanfaat untuk mereka yang nak mencari peluang buat duit online menerusi Adsense.



5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ya betul tu, Adsense sangat sensitif dengan isu seks,judi dll yang illegal..dulu jenuh juga baca buku pasal adsense..skarang ni buat sambil-sambil je, takde le serius sesangat..nxt month baru dapat cash out.ehehe..

    ReplyDelete
  2. alamakkk.. blog saya banyak share gambar pelakon hindustan, sebab tu agaknya tak lepas-lepas lagi Adsense.. hehehehehe..

    okey thank you HH kongsi tips ni.. :)

    ReplyDelete
  3. sampai sekarang tak lulus lagi adsense.sobsobsob.

    btw terima kasih kongsi tips bro HH :)

    ReplyDelete
  4. dua kali dah kena...pantang perkataan tu.

    ReplyDelete
  5. dua kali dah kena...pantang perkataan tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement