Mee Jakarta. Inilah pertama kali saya ketahui wujudnya menu Mee Jakarta. Sebelum ini, saya pernah ke Indonesia, tak pula terjumpa menu ini... haha. Tahukah anda bahawa Mee Jakarta boleh ditemui di Changkat Jering, Taiping, Perak.

Seperti mana kesnya saya terjumpa Mee Kari Udang Besar di Bagan Serai, Mee Jakarta saya ketemu ketika bawa isteri dan anak-anak bersiar selepas doktor pakar Hospital Columbia Asia mengesahkan bahawa isteri saya belum tiba waktu untuk bersalin.

Merasai Mee Jakarta di Changkat Jering, Taiping

Gambar Mee Jakarta, Lokasi Changkat Jering, Taiping
Begitulah bila lapar, kadang terjumpa sesuatu yang tak pernah diketahui pun sebelum ini. Mee Jakarta, namanya pun dah cukup unik, apatah lagi ia adalah menu makanan disediakan di sebuah pinggiran kampung di Changkat Jering oleh kedai makan milik orang Melayu.

Kelaparan Selesai Event di Spritzer Ecopark

Kisahnya, isteri saya telah ajak saya untuk pergi ke satu event ni, diadakan di Spritzer Ecopark. Ada Food Truck Festival sempena Tahun Melawat Negeri Perak 2017. Saya ada cerita ... cubalah jenguk-jenguk balik blog post saya ye .. hehe... psstt ... event tu tak menarik .. haha.

Selesai habiskan masa di Spritzer Ecopark, maka teruskan niat utama .. iaitu mencari makan. Isteri saya memang kelaparan. Ibu yang sedang sarat mengandung, bila kelaparan .. tak boleh dibuat mudah. Sebagai seorang suami, kena ambil serius ... sebab ia berkaitan emosi. Bila perut lapar, emosi terganggu.

Orang yang tak bawa anak dalam perut pun leh terganggu emosi disebabkan kelaparan, apatah lagi isteri saya yang sudah hampir dengan hari bersalin.

Jenuh juga mencari tempat makan di Taiping.

Betullah kata orang, bila time mencari ... susah nak jumpa. Bila tak cari, nampak sesaja pun. Memang selalu berlaku pada saya ni. Lebih-lebih lagi semasa isteri saya sudah berbadan dua.

Jalan punya jalan, sudah menuju ke persimpangan pasar Changkat Jering. Tetiba ternampak satu kedai makan yang meriah dengan bendera kecil di sebelah kiri jalan. Dah terlajak jalan, saya pun patah balik.

Dari luar, memang nampak macam menarik.
[post_ads]


Singgah, parking sebelah kedai. Tak ramai orang.

Ambil tempat duduk dan kemudian datanglah seorang wanita dalam lingkungan 20an ke meja kami. Dia tanya kami, tanpa berikan apa-apa buku menu untuk kami refer. Hanya papan menu di hadapan kedai sahaja yang menjadi sandaran pesanan kami.

Saya pesan Nasi Goreng Ikan Rebus. Anak saya, Angah Zikri pesan nasi kegemarannya - Nasi Pattaya. Maira, anak perempuan saya .. tak pesan apa-apa. Tapi isteri saya pesan sesuatu - erkk yang saya dah lupa .. haha

Tapi beberapa detik selepas terlihat menu menarik di papan menu .... Mee Jakarta?

"Mee Jakarta?" tanya isteri saya.
"A'ah .. Mee Jakarta .." kata cik adik manis yang mengambil pesanan makanan.

"Macamana tu Mee Jakarta?" tanya saya dengan hasrat ingin tahu.
"Macam Mee Bandung, tetapi besar ... boleh makan dua orang... " jawab cik adik manis.
"Dia ada udang ... ayam ... telur ... macam Mee Bandung .. " ujar cik adik manis lagi.

HAha... Mee Bandung. Baru tersedar bahawa Mee Bandung adalah makanan Malaysia yang tak ada pun di Bandung, Indonesia. Asal-usul .. allahu alam .. saya sendiri tak tahu (setakat ini).
[Dah Baca?] Mee Bandung Udang di Restoran Seri Dayang, Parit Buntar Memang Best !!
"Okaylah.. beri Mee Bandung satu .. pastu nanti bagi dua pinggan kosong ye .." kata isteri saya.

Hmm .. tengok dari harga menu yang ada di situ, Mee Jakarta - RM7. Tiada gambar makanan, jadi saya tak tahu dan tak boleh nak jangka bagaimana rupanya Mee Jakarta ni.

Menu dipesan sampai.

Apa Uniknya Mee Jakarta?

Wow .. memang besar. Pinggannya besar. Udangnya besar. Memang sepinggan untuk dimakan dua orang !!

Saya ingatkan mee-nya besar, macam Mee Hailam Parit yang unik. Rupanya sangkaan saya meleset sama sekali.

Ya, memang betul .. ia adalah Mee Bandung cuma saiz hidangannya besar dan ada udang yang besar-besar, lalu dinamakan Mee Jakarta.

Lihat gambar Mee Jakarta yang saya sempat rakamkan ini....

Mee Jakarta Boleh Dimakan Untuk Dua Orang Dewasa
[post_ads_2]
Sekali pandang, tak ada uniknya pun .. haha. Dari segi rasa, alhamdulillah .. memang kena dengan tekak. Nak kata sedap sangat tu .. tidaklah pula. Tapi saiz udang memang menawan mata .. boleh tahan.

Kalau anda penggemar udang, boleh mencuba Mee Jakarta ni ..
[Dah Baca?] Sedapkah Mee Udang Parit 30 Yang Viral di FB?
Saya tak dapat nak berikan lokasi, sebab tak terfikir pun nak buat blog post mengenai Mee Jakarta ni. Saya cuma ada gambar Mee Jakarta sahaja, yang sebelum ini saya dah pun post di ruangan Instagram. Boleh tengok di sana kalau-kalau saya ada tag lokasi tempat makan ni.

Sudilah follow saya di Instagram ehh .. manalah tahu kot-kot jumpa tempat dan menu makanan yang best, dan juga tempat menarik percutian yang mungkin anda tak pernah tahu .. huhu.

Jadi, anda dah tengok gambar Mee Jakarta ... apa komen anda? Atau anda dah pernah merasa Mee Jakarta sebelum ni? Boleh komen tak?

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wow ..mee jakarta


    sedap dan memang nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah tahan rasanya, tapi nak kata sedap sangat tu ... hmmm .. mungkin citarasa orang lain lah kot ...

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement