Anak-anak tak boleh kita biarkan terlepas dari pandangan. Sekiranya kita ada kerja sekalipun, pastikan kita tahu di mana anak kita berada di dalam rumah. Anak-anak ini suka explore dan mencuba benda baru. Dek kerana perasaan ingin tahu dan ingin belajar ini, mereka mungkin terdedah kepada bahaya yang kita sendiri tak berapa sedar.
10 Bahaya Buat Si Kecil Di Dalam Rumah
Saya berikan beberapa contoh bahaya yang mungkin buat anak-anak kecil terutama yang baru mula belajar berjalan atau gila stereng ini .... dalam lingkungan umur 2-4 tahun ini. Ia adalah satu ingatan yang sangat baik buat diri saya dan juga anda. Jangan ingat anak-anak berada di dalam rumah tidak terdedah pada bahaya ye ...- Bahaya mencapai barang-barang kaca di rak-rak atau meja. Mereka ini akan cuba capai benda-benda ini, dan silap-silap benda tu boleh jatuh dan memberikan kecederaan kepada mereka. Pastikan cawan kaca, benda-benda berat diletakkan jauh dari capaian anak walaupun diletak di atas meja makan.
- Bahaya memanjat tangga. Jika rumah anda ada tangga, pastikan ada penghadang bagi tidak membolehkan anak anda memanjat tanpa pengetahuan anda. Silap-silap boleh jatuh samada ikut tepi tangga atau dari atas tangga itu sendiri.
- Awas dengan benda-benda kecil seperti duit syilling, paku, skru yang mungkin bersepah atau berselerakkan. Pastikan anda simpan benda-benda kecil ini di tempat sepatutnya.
- Lihat mereka bermain permainan. Atau setidak-tidaknya anda tahu apa permainan yang anak anda main. Sesetengah permainan boleh mencederakan anak anda. Bahaya tercekik adalah salah satunya.
- Jangan biarkan lebihan makanan terbiar untuk dicapai oleh anak anda. Kadangkala ada lebihan, cebisan makanan yang terjatuh di lantai yang kita tidak tahu. Untuk itu sentiasa bersihkan lantai anda. Makanan ini mungkin tercemar dengan gigitan serangga perosak seprti lipas.
- Tutup pintu bilik air anda, takut-takut anak anda samada sengaja atau tidak masuk ke dalam bilik air. Bahaya terjatuh dan lemas adalah sesuatu yang sering berlaku.
- Pastikan anda tidak menakung air dalam baldi, kerana seandaianya anak anda masuk ke bilik air tanpa anda sedari, mereka akan bermain air di dalam baldi, dan bahaya lemas adalah merupakan satu kemungkinan.
- Elak meletakkan benda-benda beracun di lantai atau tempat yang mudah dicapai oleh si kecil. Benda beracun boleh memberikan kecederaan serius, terutama pada mata dan juga kerengsaan. Malah, ia boleh menyebabkan kematian, andai termakan oleh anak anda.
- Jangan biarkan benda-benda tajam diletakkan di tempat yang boleh dicapai oleh anak anda. Gunting, pisau lipat, pisau dapur, pemutar skru mahupun pen tidak boleh diletakkan merata-rata. Kecuaian tidak menyimpan benda tajam di tempat sepatutnya boleh menyebabkan kematian.
- Pastikan wayar elektrik seperti wayar cerek elektrik disimpan selepas digunakan, jangan biarkan ia terjuntai atau tergantung. Simpan di tempat bertutup yang tak boleh dicapai oleh anak anda.
Apa yang dikongsikan ini adalah bersandarkan kepada pengalaman saya dan isteri dalam memastikan anak-anak kami sentiasa berada di dalam keadaan selamat dan terhindar dari bahaya di dalam rumah.
Pun begitu, setiap isi rumah tak sama. Mungkin ada perkara tambahan yang boleh anda syorkan. Jadi, jangan teragak-agak nak beritahu ye, boleh tinggalkan di ruangan komen.
Moga ada manfaatnya buat kita bersama.
Anak selamat, anak sihat .. in Sha Allah, hidup kita lebih bahagia.
Ank dah masuk 2tahun ni mmg kna byk tumpu phatian.byk benda nk explore. Belum memberontaknya . Perlu byk kesabaran
BalasPadamcanggih betul blog HH skrg..hehe. btw..thanks infonya
BalasPadamStiasa kena alert bnde2 mcm ni..
BalasPadamAda anak kecil perlu awas 24 jam.
BalasPadamPwrkara biasa..
Dah lalui semuanya
Betul tu HH, diusia macam mereka ni mereka suka explore sesuatu..ibu bapa kene berfungsi seperti cctv.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.