Saya dan isteri, nak kata kami ni ibu bapa moden ... taklah juga .. huhu .. nak kata ibu bapa pemikiran kolot pun tak juga. Kami lebih kepada golongan ibu bapa edisi pertengahan, ada teori dan ada gunakan pengalaman orang lain. Banyak perkara dalam hal pendidikan perkembangan anak, terutama anak sulong .. lebih kepada teori dan pembacaan kami ketika awal mendirikan rumahtangga.

Apabila sudah menerima kedatangan cahayamata kedua, ketiga .. barulah kami gunakan pengalaman sendiri untuk membesarkan, mendidik dan mengasuh perkembangan anak. Pun begitu, kami juga tidak dapat lari dari beberapa kepercayaan mitos yang dah lama bertapak, terutama di kalangan masyarakat Melayu. Ramai ibu bapa tak sedar, banyak mitos-mitos perkembangan anak-anak ini sedang mereka guna-pakai dalam parenting.

Ketahu 6 Mitos Mengenai Perkembangan Anak Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu

Mitos-mitos ini lebih kepada cara ibu bapa membandingkan perkembangan anak-anak samada sesama anak-anak yang ada, mahupun dengan anak orang lain yang kita kenali rapat - pastinya anak-anak saudara mara atau sepupu sepapat.
Mitos Perkembangan Anak Ramai Ibu Bapa Tak Sedar
Mitos paling biasa yang kita dengar dan kebanyakkan ibu bapa akan hadap ialah apabila ada orang lain beri tanggapan kepada anak kita yang kononnya lambat berkembang (merangkak, berjalan, bercakap) sedangkan anaknya yang seusia sudah mendahului dalam banyak kebolehan.

Dek kerana percaya sangat dengan mitos-mitos seperti ini, kita dah jadi bimbang tak tentu pasal. Saya dan isteri antara ibu bapa yang macam ini ... satu ketika dahulu ... huhu.

Sebenarnya  ... wahai ibu bapa sekalian, anda kena ingat bahawa setiap perkembangan anak adalah berbeza, hatta di antara anak-anak yang lain. Jangan risau lagi, apa paling penting ialah kena tahu yang anak kita sedang melalui fasa yang betul mengikut umurya. Segala tanggapan orang yang kebanyakkannya adalah mitos dalam parenting tu tak payah la nak dihiraukan.

Enam Mitos Berkaitan Perkembangan Anak

Berdasarkan perkongisan dari Occupational Therapist, Maryam Jamadi ada beberapa mitos dalam parenting yang dikupasnya untuk membuang persepsi negatif dalam minda ibu bapa. Mari sama-sama hadam apa kata pakar ini ...

Skill Berjalan

"Eh, umur 11 bulan belum pandai jalan? Lambatnya anak kau jalan, anak aku 9 bulan dah pandai jalan"

Fakta - Purata bayi pandai berjalan di umur 13 bulan.

Kajian terhadap 200 bayi dari lahir hingga 18 bulan telah dijalankan dan mendapati bayi yang berjalan cepat atau perkembangan motor kasar yang cepat mendapat purata skor IQ yang sama dengan bayi yang lambat berjalan. Kesimpulannya, tiada kaitan antara perkembangan motor kasar dan IQ. (Acta Paediatrica Journal)

*Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya bayi masih belum pandai berjalan semasa 18 bulan.

Skip Merangkak

"Wah, bagusnya Anis tak sempat-sempat nak merangkak terus berjalan"

Fakta - Tiada kajian tentang kesan skip merangkak terhadap IQ ataupun pembelajaran, tetapi apa yang merisaukan adalah risiko kelewatan skil motor halus dan skil motor kasar di masa akan datang terutamanya di zaman persekolahan.

Kebanyakan bayi yang skip merangkak akan membesar dengan baik, tetapi ada sesetengah bayi akan ada masalah skil motor halus seperti cara memegang pensil serta masalah untuk menampung badan semasa duduk di kerusi. Ada juga beberapa kes yang mengalami masalah menulis dan membaca disebabkan mempunyai masalah untuk menghubungkan otak kanan dan kiri.
[Dah Baca?] Rahsia Anak Sulong Saya (Amri) Berjaya 6A UPSR 2016
Untuk mengelakkan masalah-masalah lain di masa akan datang, sangat digalakkan untuk mak ayah mengajar dan menyokong anak merangkak sebelum berjalan. Ada kajian tentang fasa merangkak dan tahap IQ, bayi yang merangkak lama mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi berbanding bayi yang kurang fasa merangkak.

Sarung Tangan dan Stokin

"Pakai stokin dan sarung tangan, takut bayi masuk angin"

Fakta - Ya, anggota kaki dan tangan adalah kawasan yang paling cepat terpengaruh dengan suhu persekitaran sebab itu anggota ini selalu “masuk angin”. Untuk bayi baru lahir hingga sebulan, tidak ada masalah untuk memakai stokin dan sarung tangan untuk mengelakkan tercakar muka semasa tidur dan masih lagi sukar mengawal suhu badan sendiri waktu ini.
Pakai Sarung Tangan dan Stokin Mitos Dalam Perkembangan Anak
Tetapi, selepas sebulan masih memakai sarung tangan dan stokin di rumah 24 jam adalah Big No No melainkan suhu dalam rumah sejuk seperti di kutub utara ataupun waktu malam yang sejuk serta ke tempat yang berhawa dingin seperti shopping mall atau Bukit Fraser.

  • Bayi perlu belajar mencapai barang seawal yang boleh dengan menggunakan tangan serta jari jemari.
  • Bayi perlu merasa serta memegang pelbagai objek dan tekstur untuk deria sentuhan.
  • Bayi juga perlu belajar memasukkan tangan atau benda ke dalam mulut untuk rangsangan deria rasa.

Mak-mak yang berpantang, pastikan lepas habis pantang bayi juga habis “pantang” tangan dan kaki untuk perkembangan yang sihat.

Hiperaktif

Mitos Mengenai Perkembangan Anak Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu
"Anak aku umur 3 tahun dah pandai membaca, anak kau ni hyper kot asyik nak main je"

Fakta - Untuk anak umur bawah 3 tahun, banyak bermain tidak semestinya ada ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder) sebab bermain adalah keperluan pada tahap ini. Semakin banyak anak bermain semakin sihat perkembangannya melainkan ada masalah lain seperti tidak fokus, tidak menyahut apabila nama dipanggil dan sebagainya.

Jadi, makcik-makcik sekalian jangan suka-suka cop anak orang hyper kalau belum pernah jumpa anak hyper yang sebenar ya.

Fasa bawah 3 tahun adalah bermain untuk mengasah skil-skil diperlukan sebelum pembelajaran formal. Tiada lagi pembelajaran formal seperti belajar di kelas untuk mengenal abc atau membaca.

"Pandai" Tengok TV

"Bagusnya umur 2 bulan dah pandai tengok tv berjam-jam, mesti pandai belajar nanti"

Fakta - Sebenarnya bayi tak “pandai” pun tengok tv tapi lebih kepada suka tengok benda bergerak, berbunyi dan bercahaya sebab bayi 2 bulan tak faham pun apa yang disampaikan di tv atau gadget.

Kajian tentang pendedahan TV/gadget kepada anak bawah 18 bulan, setiap 30 minit bayi didedahkan dengan TV/gadget meningkatkan risiko 49% lewat bercakap. Kesimpulannya, tidak ada bagusnya bayi "pandai" tengok TV semasa bawah 18 bulan selain risiko kelewatan bercakap.

Memilih Makanan

"Kesiannya anak kau makan benda sama setiap hari, kau tak cuba paksa ke dia makan sayur dan buah?"

Fakta - Bayi memilih makan (picky eater) tidak semestinya disebabkan salah mak ayah. Kebanyakan disebabkan isu sensory processing disorder (kecelaruan sensori) terhadap tekstur, rasa, bau dan suhu makanan. Faktor genetik juga memainkan peranan dalam pemilihan makan bagi anak.

Jadi, pada mak ayah yang sedang atau pernah mengalami penangan mitos di atas boleh guna 'skema jawapan' ini ya

Terima kasih, semoga bermanfaat.

#Jom follow page Maryam Jamadi untuk mengetahui isu parenting berdasarkan perspektif occupational therapist.

Maryam Jamadi
Occupational Therapist

Saya harap anda semua sebagai ibu bapa dah dapat sedikit sebanyak ilmu keibubapaan ini, dan paling penting dah sedar akan mitos-mitos berkaitan perkembangan anak-anak yang saya fikir ramai ibu bapa dok percaya ... haha tak terkecuali diri saya dan isteri .. walaupun kini sudah ada anak keempat (belum setahun umurnya lagi) ...


Sekarang dah ramai pakar berkongsi tips parenting seperti ini di media sosial, jadi bolehlah anda ambil pedoman dan jadikan tips dalam mendidik anak-anak agar menjadi insan dan anak cemerlang dunia akhirat, in Sha Allah.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya tak ikut sangat kata-kata orang sangat dalam membesarkan anak-anak...just follow the flow jea..tapi benda-benda baik ada jea yang saya ikut...

    BalasPadam
  2. Betul tu. Saya pun belajar psyikologi pasal budak budak camnilah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement