Menu ni tak perlu banyak bahan-bahan pun. Resepi Kambing Black Pepper antara resepi senang dibuat, dan sedap untuk hidangan makan tengahari ataupun makan malam.
Resepi Mudah Masak Kambing Black Pepper
Apabila saya nak memasak kambing ni, selalunya saya akan dapatkan daging kambing beku dari pasaraya Mydin di Parit Buntar. Ada beberapa pilihan untuk saya. Samada menggunakan daging kambing import mahupun tempatan. Lepas tu, boleh pilih bahagian kambing mana yang sesuai untuk masak Kambing Black Pepper ni.[post_ads]
Bagi saya, saya tak gunakan bahagian bahu (shoulder) daging kambing. Saya suka gunakan daging kambing yang dipotong petak/dadu (chunk). Ia memudahkan saya sebab tak perlu nak potong dan bahagikan. Yelah, anak-anak saya bukan seorang ... :) tak nak mereka berebut, dan saya juga tak mahu bazirkan ambil porsi yang besar.
Dalam post kali ini, saya nak kongsikan cara termudah untuk menyediakan Kambing Masak Black Pepper ni.
Bahan-Bahan Resepi Kambing Black Pepper
- 600 - 700 gram daging kambing
- Pes Black Pepper (tak kira jenama)
- Dua labu bawang besar dibelah dua
- Seinci halia
- Sedikit sos cili dan tomato
- Kicap manis (tak kira jenama)
- Minyak masak
Cara Menyediakan Kambing Black Pepper
- Kukuskan atau rebus terlebih dahulu daging kambing tersebut. Saya syor gunakan pressure-cooker untuk hasil yang memuaskan untuk melembutkan daging.
- Masukkan satu sudu besar minyak masak ke dalam kuali atau pan.
- Goreng daging kambing yang telah dilembutkan selama 2-3 minit.
- Masukkan bawang besar dan halia.
- Masukkan pes black pepper dan tuang setengah cawan air.
- Kacau sehingga sebati. Biarkan mendidih.
- Masukkan sedikit sos cili dan sos tomato (nisbah 2:1)
- Masukkan sedikit kicap manis.
- Kacau masakan anda dan biarkan selama 5 minit.
- Sila rasa masakan anda. Boleh tambah garam dan gula jika perlu. Andai sosnya terlalu pekat, tambah sedikit air.
Dah siap.
[post_ads_2]
Tak susah pun kan. Apatah lagi gunakan pes yang telah siap.
Anda boleh tambah sayuran jika mahu seperti kacang panjang atau kobis bunga.
[Dah Baca] Piramid Makanan Malaysia - Makanan Berkhasiat dan Seimbang
Menu masakan ni memang sedap dimakan dengan nasi panas. Anak-anak saya tak perlu dah menu lain kalau masak Kambing Black Pepper ni. Cukup lauk ni sahaja, in Sha Allah, dua pinggan nasi mereka akan habiskan.
feveret makan masak black pepper...
BalasPadamTak leh makan selalu, nanti perut leh rosak .. huhu.
PadamAlahaiiii...sedapnyaaa...SA save resepi yer nanti nak cuba
BalasPadamSenang je resepi black pepper kambing ni. In Sha Allah boleh buat punya.
Padamassalamualaikum HH..wah !! nampak sedapnya menu ni...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.