Kalau anda ke Port Dickson, jangan lupa untuk singgah di Windmill PD Farm. Bagi saya, ia satu lokasi atau tempat menarik terbaru yang best untuk membawa anak-anak ketika bercuti ke destinasi pelancongan terkenal di Negeri Sembilan ini.

Dalam Windmill PD Farm, ada sebuah rumah yang saya gelarkan sebagai rumah antik. Ini disebabkan dalam rumah ini terdapat banyak barangan antik yang pastinya anak-anak tak pernah tengok pun sebelum ini.

Tempat Menarik Percutian - Rumah Antik di Windmill PD Farm Port Dickson

Rumah Antik di Windmill PD Farm Port Dickson
Saya berkesempatan untuk bawa keluarga saya ke Windmill PD Farm masa cuti persekolahan yang lalu. Ia merupakan satu lokasi atau tempat menarik tarikan terbaru di Port Dickson. Lokasinya hampir sama dengan tiga tarikan lain yang ada di Port Dickson, iaitu Ostrich Farm, Rumah Terbalik dan juga Pantai Purnama.

Gambar Dalam Rumah Antik di Windmill PD Farm

Meh layan beberapa gambar barangan antik yang ada di sini ...
Gambar Dalam Rumah Antik di Windmill PD Farm
Gambar Dalam Rumah Antik di Windmill PD Farm
Gambar Dalam Rumah Antik di Windmill PD Farm
Gambar Dalam Rumah Antik di Windmill PD Farm

Gambar Dalam Rumah Antik di Windmill PD Farm
Gambar Dalam Rumah Antik di Windmill PD Farm
Gambar Dalam Rumah Antik di Windmill PD Farm
Saya rasa ramai antara anda yang dah tak jumpa atau susah nak jumpa benda-benda kat atas tu. Mungkin, ada generasi baharu yang tak tahu pun rupa pemain kaset, pemain video .. huhu .. macam anak-anak saya.

Mereka macam cukup kagum dapat melihat peralatan audio-video lama. Jauh beza dengan yang sekarang, hanya gunakan usb-drive sekecil ibu jari.

Inilah cara saya membuka mata anak-anak saya mengenai teknologi lama yang selama ini membesar dengan ayah mereka.

[Baca Juga] Windmill PD Farm, Tempat Tarikan Baharu di Port Dickson untuk Famili Bercuti

Jika anda ada kesempatan ke Port Dickson, bolehlah ke Windmill PD Farm ini dan jejaki rumah antik ini yang ada di dalam kawasan taman ni.

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. uish macam best je ni! nak gi jugak la nanti

    ReplyDelete
  2. banyak barang antik tu. kena masuk dalam list melawat ni bila sampai PD...

    ReplyDelete
  3. menarik ni, rumah antik...bleh tunjuk kat anak2

    ReplyDelete
  4. Antik ..masih cantik nampak alat2 tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement