Mamee Monster Edisi Terhad. Viral di media sosial mengenai snek Mamee Monster dengan pek berwarna biru. Saya dah berpeluang untuk merasai rasa snek Mamee keluaran edisi terhad ini. Uhh gila .. siapa yang tak tahan pedas, memang tak digalakkan la untuk menikmati snek ini secara bersungguh-sungguh!

Pek Mamee Monster edisi terhad ini tidak dijual secara pek berasingan macam snek Mamee yang lain. Ia hanya boleh didapati secara 'misteri' di dalam pek bundle snek Mamee Monster yang biasa dijual di pasaraya besar.

Mamee Monster Edisi Terhad - Pek Warna Hitam-Biru Dengan Rasa Pedas Melampau

Mamee Monster Edisi Terhad
Baru-baru ini, anak saya bernasib baik bila mendapati ada snek Mamee Monster edisi terhad di dalam pek bundle yang saya beli di pasaraya Mydin Parit Buntar. Pek ini tertulis 'edisi terhad' dengan pembungkus berwarna biru-hitam.

Awalnya tu, saya ingatkan rasa Mamee Monster ni adalah rasa nyaman. Yelah, warna biru kan ke dah sinonim dengan rasa dingin dan nyaman. Dalam kepala otak saya, dah set .. mesti rasa snek Mamee ni macam rasa pudina .. huhu.


Tapi segala sangkaan dan telahan meleset sama sekali.

Gila.

Gila pedas, walaupun saya merasa hanya gigitan kecil Mamee Monster edisi terhad ini.

Pada pek, memang dah tertulis "Eat at your own risk".

Cara Nak Dapatkan Pek Edisi Terhad Mamee Monster

Mamee Monster Edisi Terhad - Tips Nak Dapatkan
Untuk pengetahuan, pek Mamee Monster edisi terhad ini bukan ada dalam semua pek bundle yang dijual. Nasib-nasib je la kalau dapat.

Tapi, dari hasil carian di Google, ada tips untuk mendapatkan pek edisi terhad Mamee Monster ini. Menurut tips tersebut, jika nak dapatkan pek edisi terhad ini, ada bintik hitam yang ditanda pada pek bundle.

Saya tak pasti kebenarannya lagi. Mungkin nanti nak cuba cari Mamee Monster edisi terhad ini bila berpeluang.

Cara lain nak dapatkan pek edisi terhad ini adalah membelinya di Shopee. Ada beberapa seller di Shopee yang menjual pek bundle Mamee Monster ini yang sah mempunyai pek edisi terhad Mamee Monster.

Cara Nak Dapatkan Pek Edisi Terhad Mamee Monster
Jadi, kalau anda tak mahu ambil masa untuk mencarinya di pasaraya, bolehlah beli pek Mamee Monster di Shopee yang ada pek edisi terhad ini.

Beli di Shopee di SINI. Boleh juga didapati di Lazada di SINI.

Saya nak bagitahu. Snek Mamee Monster edisi terhad dengan pembungkus warna biru ini memang rasanya sangat .... sangat pedas, malah saya boleh katakan ia merupakan snek paling pedas yang ada dijual di Malaysia.

Dibuat Menggunakan Cabai Hantu

Menurut anak saya, snek Mamee ni dihasilkan dengan menggunakan 'ghost pepper'. Ghost Pepper sebelum ini turut tular dalam beberapa pek mee segera. Apabila menggunakan cili istimewa ini, bahan makanan akan bertukar menjadi warna hitam, menandakan betapa pedasnya cili ini.
Mamee Monster Edisi Terhad - Bagaimana Ia Jadi Pedas


Ghost Pepper ini diperbuat daripada cili Bhut Jolokia, yang juga dikenali sebagai lada hantu, lada cabai ghost, cabai ghost dan hantu jolokia. Ia merupakan spesies lada cili hibrida terpencil yang ditanam di negara India, dari daerah timur laut meliputi Arunachal Pradesh, Assam, Nagaland dan Manipur.

Trend Makan Makanan Terpedas

Mungkin disebabkan trend masakini yang viral seluruh dunia, maka Mamee Monster telah mengeluarkan edisi terhad snek ini di pasaran Malaysia. Snek ini khas ditujukan untuk pasaran golongan remaja dan dewasa - itulah sebab ada peringatan pada pembungkus yang mengatakan snek ini tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Strategi Mamee ini nampaknya berjaya kerana snek ini telah tular di media sosial dan ramai orang yang terkenal di internet yang buat review secara percuma mengenai snek ini.

Dan kerana adanya permintaan terhadap snek Mamee Monster edisi terhad ini, itulah sebab ramai seller di Lazada dan Shopee menjualnya. Laku keras tu ... huhu.

Jangan Makan Kalau Tak Tahan Pedas Melampau

Saya dah merasa snek ini. Saya memang tak syorkan anda menikmatinya selalu. Sesekali nak menguji lidah dan rasa, bolehlah dapatkannya di pasaraya terdekat atau beli secara online di Lazada atau Shopee.

Kalau tak tahan rasa kepedasan melampau, baik jangan .. nanti tak pasal anda akan selalu ke tandas. Dan saya memang tak galakkan untuk kanak-kanak menikmati snek edisi terhad Mamee Monster ini .. .. huhu.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement