Senarai Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet Baharu Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun diumumkan. Pengumuman mengenainya telah dilakukan di semua media rasmi termasuklah siaran langsung di televisyen oleh Yang Berbahagia Perdana Menteri.

Pengumuman ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada rakyat Malaysia yang sejak seminggu lalu menanti siapakah yang akan menerajui kementerian-kementerian setelah Tun Dr. Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 Malaysia, dan Tan Sri Muhyiddin dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri ke-8.

Senarai Menteri dan Timbalan Menteri Dalam Kabinet 2020 - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Senarai Menteri dan Timbalan Menteri Dalam Kabinet 2020 - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Sejak kemelut politik Malaysia berada di dalam ketidak-tentuan, banyak isu berbangkit telah dibincangkan oleh rakyat Malaysia. Macam-macam cerita muncul termasuklah teori-teori konspirasi politik.

Saya tidak arif mengenai hal politik ini, tetapi adalah juga ambil tahu sedikit sebanyak, terutama perkara yang boleh mendatangkan pengetahuan yang baik, terutama dalam memahami proses demokrasi kerajaan beraja berparlimen di Malaysia ini.

Apa yang telah berlaku di dalam politik Malaysia, sedikit sebanyak telah memberikan kesedaran orang awam mengenai proses demokrasi di Malaysia selain memahami lebih lagi berkaitan Perlembagaan Persekutuan yang selama ini menjadi nadi penting dalam perjalanan pentadbiran negara.


Ok, berbalik pada tajuk .. iaitu mengenai senarai penuh Menteri dan Timbalan Menteri baharu dalam Kabinet Kerajaan, diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8. Berikut adalah senarai menteri dan timbalan menteri yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri:

Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kementerian Kabinet Malaysia 2020

1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menteri: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)

2. Kementerian Pertahanan

Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz

3. Kementerian Kerja Raya

Menteri: Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh


4. Kementerian Pendidikan

Menteri: Dr Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya

4 Menteri di atas adalah merupakan menteri kanan yang akan membantu Perdana Menteri, tanpa adanya Timbalan Perdana Menteri. Ini mungkin kali pertama kerajaan Malaysia tidak mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri.

5. Kementerian Kewangan

Menteri: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri
Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah

6. Menteri-Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Ekonomi
Menteri: Datuk Seri Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup

Tugas-tugas Khas
Menteri: Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: Datin Mastura Binti Yazid

Parlimen dan Undang-Undang
Menteri: Datuk Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri: Datuk Eddin Syazlee Shith

Hal Ehwal Agama
Menteri: Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: Ahmad Marzuk Shaary

Hal Ehwal Sabah dan Sarawak
Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

7. Kementerian Pengangkutan

Menteri: Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah

8. Kementerian Alam Sekitar

Menteri: Datuk Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Timbalan Menteri: Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)

9. Kementerian Sumber Manusia

Menteri: Datuk Seri Saravanan A/L Murugan
Timbalan Menteri: Awang Hashim

10. Kementerian Wilayah Persekutuan

Menteri: Tan Sri Annuar Musa
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Santhara Kumar

11. Kementerian Wanita dan Keluarga

Menteri: Datuk Seri Rina Mohd Harun
Timbalan Menteri: Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff

12. Kementerian Pengajian Tinggi

Datuk Dr Noraini Ahmad
Menteri: Datuk Dr Noraini Ahmad
Timbalan Menteri: Datuk Dr Mansor Othman

13. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli

Menteri: Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah
Timbalan Menteri: Ali Anak Biju

14. Kementerian Dalam Negeri

Menteri: Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said
Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin

15. Kementerian Kesihatan

Dr Adham Baba Menteri Kesihatan Kabinet 2020
Menteri: Datuk Seri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri I: Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang

16. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

Menteri: Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: Datuk Che Abdullah Mat Nawi

17. Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Menteri: Datuk Dr Abd Latiff Hj Ahmad
Timbalan Menteri I: Datuk Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: Datuk Henry Sum Agong

18. Kementerian Luar Negeri

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Kamaruddin Jaffar

19. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: Datuk Rosol Wahid

20. Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Menteri: Datuk Seri Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin

21. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Menteri: Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ismail Abd Mutalib

22. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Kabinet 2020 -  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: Ahmad Amzad Hashim

23. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Menteri: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin

24. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Menteri: Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: Willie anak Mongin

25. Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

Menteri: Datuk Seri Hajah Nancy Shukri
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan

26. Kementerian Perpaduan Negara

Menteri: Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: Datuk Seri Tiong King Sing

27. Kementerian Belia dan Sukan

Menteri: Datuk Seri Reezal Merican Bin Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai Senator)


Senarai penuh kabinet kerajaan di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin ini melibatkan para profesional yang arif dalam bidang masing-masing. Antara yang menarik ialah perlantikan Mufti Wilayah Persekutuan sebagai Menteri Agama dalam Jabatan Perdana Menteri, selain bekas CEO CIMB yang akan dilantik sebagai senator untuk menjadi Menteri Kewangan Malaysia.

Pasti nanti akan banyak komen daripada mereka mengenai senarai dan perlantikan ini. Ia mungkin akan menjadi berita gembira buat sesetengah, dan mungkin akan ada yang mempersoalkan.

Apapun, sebagai rakyat Malaysia, saya pasti perlantikan menteri dan timbalan menteri adalah mengikut kebijaksaan Perdana Menteri yang mahukan Malaysia kembali berada pada landasan yang betul, terutama pada waktu yang cukup mencabar sekarang.

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tahniah kepada menteri-menteri yang dilantik. Harapnya dah takde isu-isu macam sebelum ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement