Salah satu bisnes yang sedang meletup sekarang ialah bisnes food delivery. Disebabkan kerajaan terus melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dilanjutkan menjadi PKP Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun 2020, ramai yang mencari peluang lain untuk menambah pendapatan sesuai dengan keadaan semasa ini.

Bisnes food delivery adalah salah satu daripada bisnes yang boleh dianggap kalis dengan PKPB. Ia boleh dijalankan tanpa halangan, asalkan menepati Standard Operation Procedure (SOP) bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Bisnes Food Delivery, Bisnes Masyuk Waktu PKP/PKPB

Bisnes Food Delivery - Penghantaran Makanan

Semakin ramai yang nampak bahawa peluang ini dapat menjanjikan pulangan yang sangat baik, apatah lagi semakin ramai yang beralih kepada servis pemesanan makanan secara dalam talian (online).

Bukan setakat syarikat besar menjalankan bisnes food delivery ini, tetapi juga kedai makan dan restoran.

Ini adalah trend terkini yang dah lama wujud, cuma bisnes ini semakin popular disebabkan oleh wabak Covid-19 dan PKPB. Sebelum ini, bisnes food delivery cuma terhad untuk beberapa jenama makanan fast-food sahaja.

Kemudian, muncul pula perkhidmatan standalone yang menjadikan bisnes ini sebagai bisnes utama, contohnya FoodPanda, GrabFood, BungkusIT dan beberapa lagi.

Adakah anda pelanggan kepada perkhidmatan penghantaran makanan ini? Berapa kali anda buat pesanan food delivery dalam seminggu? Bandingkan dengan sebelum ini. Ada perbezaan kan?

Buat pesanan macam ni memang mudah. Anda tidak perlu keluar rumah, malah penghantar makanan akan terus hantar makanan di depan rumah. Jejak kaki keluar rumah pun tak perlu, kecualilah ada kekangan.

Buat Sendiri Bisnes Food Delivery, Lebih Menguntungkan

Sesuai dengan peningkatan permintaan, ada yang nampak bahawa bisnes ini juga boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Tak perlu pun mendaftar dengan GrabFood, FoodPanda, BungkusIT dan sebagainya.

Tapi itulah, kena tahu cara nak buat, tak boleh main redah.

Bisnes Food Delivery 

Jika anda ada kedai makan, restoran sendiri atau kiosk makanan ... tak kiralah jual makanan apa pun, cuba ambil peluang ini untuk buat bisnes food delivery ini sendiri. Untung anda punya, tak perlu nak bayar komisen kepada syarikat penghantaran.

Anda buat sendiri, boleh terus kenal customer anda, dan anda boleh ada pengkalan data pelanggan anda, mudah nanti kalau nak buat promosi lain .. terutama selepas berakhirnya PKPB ini.

Jika anda gunakan perkhidmatan dari syarikat macam FoodPanda, data pelanggan jadi milik mereka. Mereka boleh gunakan untuk promosi kedai makan yang lain, yang berikan komisen lebih tinggi pada mereka.

[ads id='ads2']

Haa ... tak pasal anda hilang pelanggan .. kan?

Jadi, jika anda belajar cara nak buat bisnes food delivery ini, anda dah boleh kekalkan pelanggan anda. Ini akan menjamin kelangsungan bisnes makanan anda.

Tak mustahil nanti, anda hanya beroperasi tanpa kedai, sebab segalanya dah boleh dibuat secara online. Orang pesan online, dan anda terus hantar kepada mereka. Kos jimat banyak tu.

Nak belajar tak? Gunakan butang di bawah (klik di bawah) untuk dapatkan panduan yang khusus ajarkan dan tunjuk cara bagaimana nak buat bisnes food delivery ini.


Kalau korang rasa-rasa nak tambah income musim-musim PKP/PKPB nie.. memang elok lah dapatkan ebook ni dan belajar selok belok cara nak buat bisnes food delivery ni ha!

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Disebabkan PKP, food delivery berkembang dengan sangat pantas. Para suri rumah boleh rebut peluang tambah pendapatan. Permintaan yang tinggi akan berikan keuntungan berganda.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement